Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

Peti Surat 52, 91207 Kunak, Sabah. Tel: 089-851003/Faks: 089-851930 ::email: [email protected]::

BENGKEL KUTIPAN PERDANA & STATUS RALAT TERKINI EMIS JAN 2011

Posted by ppdkunak on 25/01/2011

Kepada,

Guru Data,
SMK/SK/SJK ( C ),
Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

Melalui ;
Pengetua/Guru Besar,
SMK/SK/SRJK (C) ___________________________ ,
Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

Tuan,

BENGKEL KUTIPAN PERDANA MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (MAP) JANUARI 2011
Saya adalah dengan hormatnya diarah menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara seperti di atas.

02. Guru Data adalah diwajibkan hadir bagi menghadiri Persediaan Kutipan Perdana  EMIS yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

 Tarikh   : 26 & 27 Januari 2011
 Masa  : 8.30 Pagi – 4.30 Petang
 Tempat  : Bilik Gerakan SK. Kg. Selamat, Kunak

03. Sila bawa bersama penyambung wayar, Laptob semasa bengkel tersebut. Sila pastikan semasa bengkel tersebut tiada ralat kekal ( Semakan Data ).
 Mohon kepada semua Guru Data sekolah muat turun Ralat Terkini untuk semakan ralat. Klik Ralat untuk muat turun dan kemaskini ralat berkenaan segera.

Turut Hadir : En. Wan Zainuddin Awang
Ketua Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi JPN Sabah

Posted in Mutakhir | No Comments »

MESYUARAT PENEMPATAN MURID KE TINGKATAN 1 SESI 2011

Posted by ppdkunak on 20/09/2010

Semua Pengetua,
Semua Guru Besar,
SMK/SK/SJK(C),
91207 KUNAK.
Tuan,

MESYUARAT PENEMPATAN MURID KE TINGKATAN 1 SESI 2011

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

02.Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat penempatan murid ke tingkatan 1 sesi 2011 akan diadakan pada ketetapan berikut;

  Tarikh  : 23 September 2010
  Masa : 2.00 petang
  Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Pelajaran Daerah Kunak
  
Sila klik fail sisipan untuk muat turun & untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian.

Posted in Mutakhir | 2 Comments »

EMIS DATA-KUTIPAN OGOS 2010

Posted by ppdkunak on 23/08/2010

Kepada,

Guru Data,
SMK/SK/SJK ( C ),
Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

Melalui ;
Pengetua/Guru Besar,
SMK/SK/SRJK (C) ___________________________ ,
Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

Tuan,

TAKLIMAT KUTIPAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (MAP) SMPP/EMIS SECARA ONLINE BAGI KUTIPAN OGOS 2010
Guru Data adalah diwajibkan hadir semasa sesi taklimat data EMISONLINE untuk tujuan pengemaskinian variable data secara online yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

 Tarikh   : 26 Ogos 2010 ( KHAMIS )
 Masa  : 8.30 Pagi – 4.30 Tengah Hari
 Tempat  : Bilik Gerakan Pusat Kegiatan Guru ( PKG Kunak )

Sila klik SURAT TAKLIMAT untuk muat turun. Cetak untuk tindakan Pihak Pentadbiran Sekolah.

Sekian, harap maklum.

Posted in Mutakhir | No Comments »

TAKLIMAT UJIAN PERMATApintar UKM1

Posted by ppdkunak on 03/05/2010

Kepada;
Semua Pengetua/Guru Besar,
SMK/SK/SJK( C ),
Daerah Kunak. ( u.p Guru Data )

Tuan/Puan,

TAKLIMAT UJIAN PERMATApintar UKM1 TAHUN 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh    :    04 April 2010
Masa    :    2.00 -5.00 Petang
Tempat :       Bilik Mesyuarat UPK PPD Kunak

Sila klik Surat Jemputan untuk muat turun. Cetak untuk tindakan segera pihak pentadbiran sekolah.

Sekian. Terima kasih.

Posted in Makluman | No Comments »

STATUS RALAT DATA EMIS TERKINI & KEPERLUAN KPM ( SEGERA )

Posted by ppdkunak on 03/05/2010

Kepada,
Semua Guru Data Maklumat EMIS / SMPP,
SMK/SK/SJK ( C ),
Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

PESANAN : STATUS RALAT TERKINI DATA EMIS

01. Sila semak ralat sekolah masing-masing dan semak status ralat berkenaan.

02. Kutipan data ini akan berakhir pada 07 Mei 2010 Jam 23.59 Malam, sebarang pertanyaan sila hubungi En. Arman Saini.
Sila klik Ralat Emis untuk muat turun. Cetak untuk tindakan segera Guru Data Emis.

Sekian, terima kasih.

Posted in Mutakhir | No Comments »

TAKLIMAT PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH 2010

Posted by ppdkunak on 28/04/2010

Kepada ;
Semua Guru Penyelaras ICT,
Semua Juruteknik Komputer Sekolah ( FT17 ),
SK/SJK( C ),
Daerah Kunak.

Tuan/Puan,
TAKLIMAT PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH 2010
Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :-
Tarikh   : 30 APRIL 2010 ( Jumaat )
Masa      : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan PKG, Kunak

Sila klik Surat Taklimat untuk muat turun. Cetak untuk tindakan pihak pentadbiran dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.

Posted in Mutakhir | No Comments »

TAKLIMAT KUTIPAN EMIS APRIL 2010

Posted by ppdkunak on 25/04/2010

Kepada;
Semua Guru Data,
SMK/SK/SJK( C ),
Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

Melalui;
Pengetua/Guru Besar;
SMK/SK/SJK( C ),
Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

Tuan/Puan,

TAKLIMAT KUTIPAN EMIS APRIL 2010
Sukacita dmaklumkan bahawa kutipan DATA EMIS/SMPP akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 26 April 2010 ( Isnin )
Masa : 8.30 Pagi – 4.30 Petang
Tempat : Bilik Gerakan Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

Sila klik Surat Makluman untuk muat turun. Sila cetak untuk tindakan pihak pentabiran sekolah dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.

Posted in Mutakhir | No Comments »

MAKLUMAN KEMASKINI DATA EMIS KUTIPAN APRIL 2010

Posted by ppdkunak on 14/04/2010

Kepada;
Semua Guru Data,
SMK/SK/SJK ( C ),
Daerah Kunak.

Melalui ;
Semua Pengetua/Guru Besar,
SMK/SK/SJK ( C ),
Daerah Kunak.

Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENGEMASKINIAN DATA EMIS BAGI KUTIPAN APRIL 2010
Sukacita dimakluman bersama-sama ini disertakan surat daripada Sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi ( ICT ), JPN Sabah untuk tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

Sila klik Surat Makluman untuk muat turun. Sila Cetak untuk tindakan pihak pentadbiran sekolah dengan kadar segera.
Sekian, terima kasih.

Posted in Makluman | No Comments »

Pencalonan Anugerah Pemimpin Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk) Dan Anugerah Guru Dalam Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk) Negeri Sabah Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2010

Posted by ppdkunak on 09/04/2010

Sukacita dimaklumkan, bahawa tarikh tutup pencalonan anugerah tersebut di atas telah di lanjutkan ke 16 April 2010. Sehubungan dengan itu, borang yang telah lengkap diisi hendaklah sampai (u.p: Wan Zainuddin bin Haji Awang) No.tel :088-317284.

Borang & Panduan Pencalonan telah diedarkan ke sekolah melalui weblogs ini pada 22/03/2010. Sila rujuk untuk muat turun.

Sekian, terima kasih.

Posted in Makluman | No Comments »

SURAT ADUAN / MASALAH SCHOOLNET

Posted by ppdkunak on 07/04/2010

Kepada;
Semua Pengetua/Guru Besar,
SMK/SK/SJK ( C ),
Daerah Kunak.

Tuan/Puan,

SURAT ADUAN / MASALAH SCHOOLNET
Dengan sukacitanya saya adalah diarah merujuk perkara di atas.

Sila klik Surat Siaran untuk muat turun. Cetak untuk tindakan pihak pentadbiran sekolah dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.

Posted in Mutakhir | No Comments »