Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

Peti Surat 52, 91207 Kunak, Sabah. Tel: 089-851003/Faks: 089-851930 ::email: [email protected]::

Kenaikan Pangkat DGA29 – DGA32 ( Time-Based ) 2010/2011

Posted by ppdkunak on 07/01/2010

Semua Pengetua/Guru Besar,
SMK/SK//SJK,
Pejabat Pelajaran Daerah Kunak,
Sabah.

Tuan/Puan,

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPLD) GRED DGA29 KE GRED DGA32 SECARA “TIME-BASED” KHAS UNTUK PENYANDANG TAHUN 2010 DAN 2011

Dengan segala hormatnya, saya adalah diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas serta Surat dari Unit Naik Pangkat bertarikh 21hb Disember 2009 No Rujukan: JP(SB)900/08/06/05( ) adalah berkaitan.

02. Sehubungan dengan itu, berikut dilampirkan Iklan dan Borang Permohonan berkaitan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Pihak Sekolah boleh muatturun surat berkenaan dan perbanyakkan mengikut keperluan sekolah masing-masing. Sila klik Surat Edaran & Borang untuk muatturun .

03. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah sampai ke Pejabat Pelajaran Daerah selewat-lewatnya pada 22hb Januari 2010 untuk perhatian Pn. Galita Salleh.

04. Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.