Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

Peti Surat 52, 91207 Kunak, Sabah. Tel: 089-851003/Faks: 089-851930 ::email: [email protected]::

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSZK 2010 DAERAH KUNAK

Posted by ppdkunak on 22/02/2010

Kepada;

Pengetua / Guru Besar,
SMK / SK / SJK(C)……………………………..
Daerah Kunak.
( u.p Semua Guru Penyelaras Sukan )

Tuan,

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH KUNAK TAHUN 2010
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Olahraga MSS Daerah Kunak akan dilaksanakan pada ketetapan berikut  :

Tarikh    :  04 hingga 06 Mac 2010
Tempat    :  Padang SMK. Kunak.

Bersama ini disertakan Borang Penyertaan Kejohanan Olahraga MSS Daerah Kunak yang perlu dilengkapkan untuk kegunaan kejohanan tersebut. Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan pada atau sebelum 28 Februari 2010 ke Unit Sukan & Ko-Kurikulum Daerah @ emailkan ke : [email protected]

Sekian.