Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

Peti Surat 52, 91207 Kunak, Sabah. Tel: 089-851003/Faks: 089-851930 ::email: [email protected]::

Sejarah

Latar Belakang dan Sejarah Pejabat Pelajaran Daerah Kunak.

            Pejabat Pelajaran Daerah Kunak pada asalnya dikenali dengan nama Pejabat Pendidikan Daerah Kunak mula beroperasi pada Tahun 1986 yang menumpang bangunan di Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Pekan Kunak (sekarang Sekolah Kebangsaan Kunak I).  Pada tahun 1988 Bangunan sementara PDD Kunak berpindah di Tapak seluas 1 ekar di Kawasan Pekan Kunak. Bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kunak telah di naik taraf dan digunapakai sehingga hari ini.

            Bermula pada Januari Tahun 2009 penstrukturan semula Pejabat Pelajaran Daerah telah berlaku ini menyebabkan PPD Kunak berdiri sendiri sebagai organisasi yang di tadbir urus oleh Pegawai Gred DG48. Bagi negeri Sabah penstrukturan daerah ini menjadikan hanya 24 daerah yang wujud dan PPD Kunak sebahagian daripadanya. Sebelum ini PPD Kunak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Gabungan Lahad Datu.